Sunday, March 28, 2010





Read more...

SELAMAT BERSARA TN.HJ. ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN

Pada 25 Febuari 2010 (Khamis) satu majlis telah diadakan khas untuk Tn. Hj. Abu Bakar Bin Abd. Rahman (Penolong Kanan Petang SMKST) sempena persaraan beliau. Tn. Hj. Abu Bakar mula berkhidmat dalam bidang pendidikan bermula dari 5.1.1976 hingga 1.3.2010. Beliau telah banyak berbakti dan berjasa dalam bidang pendidikan khususnya di SMKST sendiri. Kepada Tn. Hj. Abu Bakar, kami warga SMKST dan seluruh warga pendidik mengucapkan SELAMAT BERSARA DAN SEMOGA BERBAHAGIA SELALU.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Read more...

Wednesday, January 13, 2010

13 Jan 2010

Program perjumpaan waris tingkatan 3 dan 5 dengan pihak sekolah telah diadakan di dewan terbuka bangunan makmal sains baru SMK Sungai Tiang.Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah barisan AJK PIBG SMKST yang diketuai oleh YDP PIBG sekolah , En. Ahmad b Chik. Dalam ucapan , beliau menegaskan bahawa barisan AJK PIBG SMKST sentiasa berusaha dalam meningkatan prestasi akademik anak-anak.Ucapan utama perjumpaan ini , telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKST , Hj Mohd Khirrudin Ideris.Beliau menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan pelajar dan sekolah .Turut disentuh termasuk "NKRA" , "nilai tambah" , "belajar sepanjang hayat" dan "Program masuk Kampung".Di akhir sesi perjumpaan , para waris telah berkumpul ikut kampung masing-masing. Dalam kumpulan ini para waris memberi input-input setempat tentang pemasalahan anak-anak mereka berkaitan persekolahan dan cadangan-cadangan dalam usaha ke arah meningkatkan prestasi akademik.

Read more...

Saturday, April 18, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKST





15 April 2009


Perasmian Hari Anugerah Cemerlang SMKST telah disempurnakan oleh Tn Hj Abu Bakar b Md Isa , PPD Pendang. Para waris , terutamanya waris kepada pelajar penerima anugerah telah sama-sama menyaksikan dan memeriahkan majlis tersebut disamping tetamu-tetamu serta warga sekolah SMKST.Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar antaranya melalui Nasyid , Nyanyian Solo dan Tarian Kebudayaan Thai. Pihak Pengurusan SMKST ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis tersebut terutamanya guru-guru , staf serta pelajar-pelajar SMKST.

Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Keputusan SPM 2008




Keputusan SPM telah diumumkan secara rasmi pada 12 Mac 2009. 7 Mata Pelajaran telah mencapai keputusan lulus 100%.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430H



Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Irwan Iswandy Bin Ashaari , Ketua Unit Agama IPD Pulau Pinang pada 8 Mac 2009. Majlis Selawat diketuai oleh Tn Hj Mohd Nazir Bin Mahmud.

Read more...

Sunday, March 8, 2009

"Skrip malas " dan "persuasif diri"

Terima kasih kepada cikgu Noreiviyanti kerana memperkatakan "ehwal malas seorang pelajar " dalam renungan lima minit di perhimpunan pagi Ahad 8 Mac, 2009. Saya ingin menambah di atas topik bertajuk " skrip malas " dan " persuasif diri ".
Tentu anda ingat apabila Cikgu Zabidi memperkatakan tentang " fikiran separa sedar " dan " kata bual diri" di perhimpunan ini bulan lalu. Malas ada kaitan dengan keputusan untuk tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dikerjakan. " malasnya aku nak baca buku ". " Malasnya aku nak pergi ke sekolah pada hari ini: Kata bual di atas adalah suatu permulaan kata bual dalam diri seseorang. Baca buku pun bukan nak ingat, ... nanti dekat nak ujian PKSM 2 b. Sekarang .... ya lah ada cerita best . Tengok TVpun okay juga. Keputusannya ' tak payah baca buku ". Malas... oh .. malas.
Skrip kata bual di atas berlaku dalam fikiran separa sedar. Jika dilayan , maka perbuatan tidak membaca buku itu kelihatan sebagai satu keputusan yang wajar. " Skrip malas " yang dibina itulah yang mewajarkan kita melakukannya.


Skrip malas tersebut perlu ditentang habis-habisan untuk mengelak daripada terjebak oleh ' malas yang dibenarkan ". Tentangan perlu juga dibuat melalui kata bual. " Betul, lah ... bacapunbukan nak ingat semua , tetapi sekurangnya ingat sikit. Haa... yang asyik nak tengok TV ini kenapa ? Tegok tuu seronoklaa ... tetapi lepas tu, apa pun tak dapat. Besok nak ujian, . semua nak baca,, siapa yang susah. kamu juga yang susah.
Kata bual tentangan terhadap skrip malas perlu dihayati, atau dilafazkan untuk menasihati diri sendiri. Jika perlu ,bangun dan mengadap cermin. Seolah-olah anda berkata-kata kepada seorang individu lain yang berada di sebelah sisi yang lain. " Anda tiada pilihan melainkan mengambil buku sebagai teman ".
Kata tentangan di atas dilakukan bertujuan mempengaruhi diri supaya membuat keputusan . membaca buku dan tidak menonton TV.

Pengetua
9 Mac, 2009.

Read more...

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP