Thursday, January 29, 2009

PN. HABSAH BT CHE DIN (C.C.SEMESTI) BERTUKAR


Bersama rakan-rakan.



Pn Habsah di kaunter sedang "Key-Out" kehadiran bekerja sebelum bertukar pada 22 Januari 2009. Disaksikan Tn Pengetua Semesti.





Warga Semesti mengucapkan Selamat Bertugas di SRK Tualang.

Read more...

Wednesday, January 21, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA KELAB PELANCONGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH.




21 Januari 2009S
SMK Sungai Tiang antara 36 buah sekolah menengah seluruh Kedah menerima insentif tersebut di Darul Aman Golf & Country Club, Bandar Darul Aman, Jitra. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Y. BHG Dato’ Othman bin Haji Aziz selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah Darul Aman.

Read more...

PERHIMPUNAN PAGI: HARI PAKAIAN UNIFORM SEMESTI


Pengetua dan PK.Koko Haa... bergaya pengetua



Hai.kawan baik nampak "Saya nak kamu pakai dengan kemas "
kata PK.Koko
21 Januari 2009
7.30 pagi , Pelajar berhimpun di dataran sekolah untuk mendapat maklumat terkini

4 PKSM 1
4 Peraturan & Disiplin Sekolah
4 Pakaian Unit Uniform
4 Guru kelas mengambil kedatangan pelajar.

Read more...

MESYUARAT ASRAMA

20 Januari 2009
Mesyuarat Asrama telah berlangsung di bilik Wawasan Sekolah pada 2.40 petang. Dipengerusikan oleh Tn Pengetua.

n Langsir di bilik Bangunan Asrama Putera dan Puteri.
n Meja Bulat Dewan Makan Asrama.
n Adang Pintu Tandas Asrama Puteri.
n Program Kepimpinan Penghuni Asrama – Pendang Lake Resort.

Read more...

Saturday, January 17, 2009

FORUM MAAL HIJRAH




17 Januari 2009
Pelajar-pelajar berkumpul di sekitar Taman Pendidikan Semesti (Tmn Firdaus) setelah tamat acara merentas desa untuk menghayati forum Maal Hijrah. Forum dipengerusikan Tn Hj Mohd Nazir bin Mahmud yang sememangnya petah berkata-kata. Barisan Panel ; Ustaz Abdul Ghani B Awang dan Ustaz Adenan B. Salleh(Jabatan Pendidikan Islam), Pn Nor Jannatun Bt Mohd Kamal (Unit Kaunseling) , Tn Hj Jamil B Adam (Jabatan Sains Dan Matematik).

Read more...

ACARA MERENTAS DESA SMKST






17 Januari 2009
Senamrobik , acara memanaskan badan sebelum pertandingan merentas desa.
Arahan-arahan pertandingan serta keselamatan oleh En Mohd Fauzi B Abd. Kadir (S/U Sukan sekolah)
Laluannya di sekitar Felda Sungai Tiang.Peserta-peserta dilepaskan oleh Tn Pengetua di Padang sekolah.Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Merentas Desa disempurnakan di Taman Pendidikan Semesti (Tmn Firdaus).

Pemenang
Kategori Lelaki

Johan: Mohd Lutfi Bin Sharib 5S2
Kedua:Muhammad Azri Hafiz Bin Ishak 5C
Ketiga:Muhamad Azri Aiman Bin Abdullah 4S
Kategori Perempuan
Johan: Nur Farhani Azlin Bt. Hamed 3B
Kedua: Azizah Binti Darus 4A
Ketiga:Nor Fahana Bt Rizuan 5A

Kedudukan Keseluruhan Rumah Sukan Acara Merentas Desa
Johan LAKSAMANA
Naib Johan SHAHBANDAR
Tempat Ketiga TEMENGGUNG

Tempat Keempat BENDAHARA

Read more...

PROGRAM BUBUR ASYURA



17 Januari 2009
7.45 pagi , sekitar tempat letak kenderaan berbumbung.Sebaik pelajar berkumpul di padang sekolah untuk perhimpunan pagi dan acara merentas desa , guru-guru serta pembantu rancak menyedia alat dan bahan masak bubur asyura.Bubur Asyura diedarkan kepada semua warga sekolah disekitar 12.30 tengahari.

Read more...

Thursday, January 15, 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3

15 Januari 2009
Bertempat di Dewan Cempaka Asrama Sekolah telah diadakan Program Motivasi kepada pelajar tingkatan 3.Program bermula 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Pengisian program telah dilaksanakan oleh Kaunselor sekolah , Ustaz Mohamad bin Saad serta fasilitator- fasilitator jemputan dan dibantu guru-guru SEMESTI.

Read more...

PERJUMPAAN WARIS TINGKATAN 3- PELAJAR CEMERLANG 3K1, 3K2, 3A




15 Januari 2009
TAMAN PENDIDIKAN SEMESTI (TMN FIRDAUS) bersebelahan surau sekolah.
11.45 pagi , Majlis dimulakan dengan Ucapan Tuan Hj Mohd Khirrudin Bin Ideris , Pengetua SEMESTI.
Ceramah Motivasi kepada para waris telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin Saad (pelajar sarjana(Kaunseling),UUM Kedah).

Read more...

PEMANTAUAN PEGAWAI JPN KEDAH KE ATAS UNIT HEM DAN KOKURIKULUM

15 Januari 2009
SEMESTI telah dilawati En Amran bin Zakaria , Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Kedah mulai jam 8.40 pagi. Beliau telah melawat dan memantau kawasan sekolah termasuk bilik kaunseling , SPBT , Padang sekolah , Cafeteria dan Asrama SEMESTI.

Read more...

Monday, January 12, 2009

WARKAH DARI PK PENTADBIRAN

Perubahan Jadual Waktu Sessi Pagi 2009 akan berkuatkuasa mulai 18/1/2009 (AHAD). Selamat menjalankan tugas. Selamat datang dan berkhidmat kepada En Low Han Sen ke SMK Sungai Tiang mulai 12/1/2009.

Read more...

PENGETUA KITA

PENGETUA SMK SUNGAI TIANG : TUAN HJ MOHD KHIRRUDIN BIN IDERIS


Read more...

Sunday, January 11, 2009

Mesyuarat Merentas Desa dan Asyura

Mesyuarat tersebut akan diadakan se

Read more...

Saturday, January 10, 2009

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2-AHAD 11JAN, 2009

UCAPAN PENGETUA - TN HJ MOHD KHIRRUDIN BIN IDERIS
* Tujuan Pelajar ke sekolah adalah untuk meningkatkan potensi diri masing-masing pada domain jasmani, emosi, rohani dan intelek serta semangat(JERIS). Oleh itu indicator kejayaan adalah sejauh mana domain tersebut berkembang dan diperkukuhkan.
* Kerja guru yang berkesan adalah apabila objektif ketika guru di dalam bilik darjah tercapai. Seorang guru seharusnya merangka dan mempersembahkan satu P&P yang menarik, melibatkan komunikasi iaitu hubungandua hala samada antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.
* Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) adalah suatu keperluan. Kertas mahjung, kad imbas, model, kaedah simulasi ataupun penggunaan ICT adalah satu cara yang mudah untuk melibatkan pelajar berinteraksi. Bagaimanapun kaedah penggunaan ABM dan kemahiran pedagogi adalah penting untuk menghasilkan satu P&P yang berkesan.
* Hari ini saya akan memanggil dua orang guru iaitu Pn Latipah bt Abu Hassan dan Puan Suhaibah Abd. Rahman untuk menceritakan apa yang telah mereka lakukan pada minggu pertama.

Read more...

Thursday, January 8, 2009

cuba download file

cuba download fail kajian tindakan di sini

Read more...

Wednesday, January 7, 2009

Jadual Waktu Sekolah 2009

Sila klik di sini untuk melihat jadual waktu sekolah sesi 2009

Read more...

Sunday, January 4, 2009

Pemantauan KPM ppsat - buka sekolah

SEMESTI telah dilawati oleh ENCIK kamarul zaman bin Bakar penolong pegawai pelajaran daerah pendang mulai jam 7.30 hingga 12.00 tengahhari. Beliau menghadiri sessi perhimpunan pagi AHAD.

Read more...

Saturday, January 3, 2009

Sesi persekolah 2009 bermula

hari ini bermulalah sesi

Read more...

Penafian

SMK Sungai Tiang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP